Carian


Syarikat Tidak Tersenarai

Capaian Aspirasi Sdn Bhd


komtar

Capaian Aspirasi Sdn Bhd (CASB) pada asalnya merupakan anak syarikat kepada Johor Corporation (JCorp). Bermula Februari 2006, 10 peratus saham syarikat telah dimiliki oleh En. Ismail Bin Mat Ali di bawah Skim Intrapreneur Johor Corporation.

Pada Oktober 2007, Johor Corporation telah mewaqafkan 75 peratus pegangan sahamnya di dalam Capaian Aspirasi Sdn Bhd (CASB) kepada Waqaf An-Nur Corporation Berhad, manakala baki 25 peratus dimiliki oleh En. Ismail Bin Mat Ali.

Bermula pada Jun 2005, aktiviti syarikat telah dikembangkan dengan terlibat dalam menjalankan Mutawwif Umrah dan Haji serta aktiviti konsultansi bagi kursus, ceramah agama serta program motivasi.

Syarikat melalui Encik Ismail Bin Mat Ali adalah Amil Zakat Korporat bagi Majlis Agama Islam Negeri Johor bermula 1 September 2005. Bermula pada tahun 2009, CASB juga menguruskan zakat perniagaan korporat luar negeri Johor.  Jumlah kutipan sehingga Disember 2019 berjumlah RM 7,078,985.00

Syarikat telah berjaya membuat pungutan Zakat Harta dan Zakat Pendapatan di negeri Johor sehingga Disember 2019 sebanyak RM 11,514,367.68 dan jumlah komisen bagi tempoh yang sama adalah sebanyak RM 719,647.98

Syarikat ini juga telah dilantik sebagai Wakil Korporat Amanah Raya Berhad pada 17 Julai 2007. Syarikat telah melantik sub ejen untuk bekerjasama bagi memasarkan produk wasiat Amanah Raya Berhad.

Pada 1 Oktober 2009, syarikat ini telah menguruskan aktiviti Akademi Mutawwif Sdn Bhd serta menganjurkan kursus dan ceramah kepada peserta Mutawwif yang mendaftar. Sehingga Disember 2019, seramai 146 orang menyertai dan jumlah keseluruhan adalah seramai 1,867 orang peserta.  Manakala jumlah peserta yang telah menerima sijil Mutawwif seramai 600 orang.

Jumlah pendapatan syarikat bagi tempoh Januari-Disember 2019 adalah sebanyak RM1,478,142 berbanding bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM 1,420,282 dengan peningkatan 4.07 peratus.

Syarikat telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai bagi tempoh Januari-Disember 2019 sebanyak RM 667,008 berbanding keuntungan bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya RM 664,326. Sedikit peningkatan peratusan keuntungan atas faktor peningkatan komisyen zakat perniagaan.

Jumlah guna tenaga syarikat sehingga Disember 2019 adalah seramai 5 orang.