Maruah Emas Sdn Bhd (MESB) pada asalnya merupakan anak syarikat kepada JCorp melalui pegangan saham oleh Johor Ventures Sdn Bhd.
Pada Julai 2019, JVSB telah menjual 100% pegangan sahamnya di dalam MESB kepada WANCorp. Pembelian Syarikat ini telah menggunakan dan 70% pelaburan semula WANCorp.
Bermula Mac 2007, MESB telah memulakan operasi bisnesnya sebagai pemegang pajak gadai berlesen di bawah Akta 81, Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 dan Peraturan-Peraturan (Kawalan dan Lesen) 2004.
Bisnes pajak gadaian yang dijalankan adalah berlandaskan syariah dan berkonsepkan sistem gadaian Islam (Ar-Rahnu).
Syarikat telah memperolehi Sijil Patuh Syariah pada November 2018.