Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) merupakan sebuah syarikat berhad dengan jaminan tanpa syer yang ditubuhkan  untuk mengurus aset dan saham-saham syarikat dalam kumpulan Johor Corporation yang diwaqafkan. Selain daripada itu, ia juga  berperanan sebagai ‘Maukuf Alaihi’ saham-saham dan lain-lain bentuk sekuriti syarikat perniagaan secara keseluruhannya. WANCorp mula beroperasi pada 25 Oktober 2000 dengan nama Pengurusan Klinik Waqaf An-Nur Berhad. Pengurusan Klinik Waqaf An-Nur Berhad pada awalnya ditubuhkan untuk menguruskan klinik-klinik waqaf dan pusat dialisis di bawah JCorp yang diuruskan  oleh KPJ Healthcare Berhad. Syarikat ini kemudian ditukarkan namanya  kepada Kumpulan Waqaf An-Nur Berhad pada 19 Julai 2005 dan Waqaf  An-Nur Corporation Berhad pada 18 Mei 2009 bagi memainkan peranan  dan aspirasi yang lebih luas lagi dipertanggungjawabkan kepada syarikat  ini.   Mengikut Memorandum Syarikat, objektif-objektif dan kuasa-kuasa  WANCorp ialah:   i) Menjadi sebuah entiti yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Johor  sebagai Penerima, Pengurus dan Pentadbir waqaf-waqaf dan juga  untuk bertindak sebagai ‘Maukuf Alaihi’ saham-saham dan lain-lain  bentuk sekuriti syarikat perniagaan daripada waqif-waqif termasuk  JCorp khasnya, umat Islam amnya dan syarikat atau badan dan  organisasi lainnya serta menjadi syarikat pemegang pelaburan. ii) Memperjuangkan serta memartabatkan ekonomi umat Islam secara amnya, terutama dalam menghimpun dan menambah nilai  aset serta pelaburan WANCorp secara tidak langsung, melalui WANCorp di dalam JCorp dan Kumpulan JCorp, serta  menerusi penubuhan dan pengembangan aktiviti bisnes syarikat JCorp amnya.   iii) Bertindak melaksanakan dan menyempurnakan manfaat-manfaat  WANCorp, menerusi pelaburan, sumbangan, infaq dan pembahagian bagi  tujuan dan faedah sebagaimana yang ditentukan seperti berikut:    a) Untuk menampung aktiviti-aktiviti kebajikan yang berkaitan masjid-  masjid dan menyumbang kepada kemakmuran masjid-masjid tersebut;   b) Menyumbang kepada perjuangan fisabilillah dan memenuhi tuntutan  fardhu kifayah; dan c) Menyumbang kepada kejayaan ke arah melaksanakan tuntutan amar  makruf dan nahi munkar.   iv) Menjalankan secara sukarela sebagai agen-agen hospital dan pusat-pusat rawatan dan memberikan khidmat-khidmat yang  berkaitan dalam Malaysia atau tempat-tempat lain dan untuk menyediakan khidmat pentadbiran, pengurusan, khidmat nasihat  kewangan dan khidmat-khidmat berkaitan pertubuhan-pertubuhan berkenaan berdasarkan kepada prinsip-prinsip syara’. v) Menjayakan tanggungjawab sosial korporat berteraskan ajaran Islam (“CSR  Islam”) Kumpulan JCorp, khasnya menerusi program-program yang bertujuan  untuk mengimarahkan dan meningkatkan peranan sosial Masjid An-Nur  Kotaraya, dan rangkaian-rangkaian Masjid, Klinik Waqaf An-Nur, Hospital  Waqaf An-Nur, Rumah Anak-anak Yatim & Miskin Darul Hanan serta program  CSR lainnya yang dikendalikan oleh Kumpulan JCorp dan anak syarikatya. v) Menjayakan program pembangunan insan dan modal insan Kumpulan JCorp  termasuk untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kepakaran profesionalisme,  kemahiran pengurusan dan pengalaman bisnes anggota pekerja Kumpulan  JCorp dan keluarga serta umat Islam amnya.   vi) Menjayakan program-program khas ditujukan untuk membina daya  keusahawanan serta program-program membudayakan bisnes. Objektif Penubuhan  i) Menjalankan perlaksanaan penerapan nilai-nilai Islam di dalam pengurusan dan pentadbiran korporat JCorp dan syarikat-  syarikat di dalam kumpulannya.  ii) Menjalankan kajian pendekatan kontemporari dan membuat cadangan yang bersesuaian untuk perlaksanaan di JCorp selari  dengan objektif sebuah organisasi korporat Islam. iii) Menyelaras dan mengendalikan operasi Klinik Waqaf An-Nur dan  rangkaiannya serta memastikan matlamat untuk memberikan kemudahan  kesihatan dan dialisis kepada yang kurang berkemampuan dapat  dijayakan. iv) Merancang serta menyelaras segala aktiviti keagamaan dan menerapkan  nilai-nilai Islam di JCorp dan syarikat-syarikat di dalam Kumpulannya.  v) Sebagai sekretariat Jawatankuasa Masjid dan menyelaraskan pengurusan  masjid-masjid  JCorp.  vi) Menjadi pusat rujukan utama berkaitan dengan hal-ehwal pengurusan  bisnes dalam Islam dan lain-lain berkaitan. 
WAQAF AN-NUR CORPORATION BERHAD
Program gotong-royong dan kemasyarakatan JCorp
Gotong-royong membersihkan surau di Mersing
Hari Bistari 2012
Program Tunas Bistari & Didik Bistari 2012
Perihal Syarikat Perihal Syarikat Laporan Tahunan 2012 Borang-Borang Laporan Pengagihan Prestasi Korporat Syarikat Saham Diwaqaf Hubungi Kami Saham Syarikat JCorp Yang Telah Diwaqaf Lembaga Pengarah Perihal Syarikat Maklumat Korporat Struktur Korporat Laporan Prestasi Laporan Aktiviti
Copyright © 2013 WANCorp. All Rights Reserved
Perihal Syarikat