Utama / Maklumat Korporat / Latar Belakang

Latar Belakang

WANCorp merupakan sebuah syarikat berhad dengan jaminan tanpa syer yang ditubuhkan oleh Johor Corporation (JCorp). Penubuhannya bertujuan bagi menguruskan aset dan saham syarikat dalam Kumpulan JCorp yang diwaqafkan. Oleh itu, WANCorp berperanan sebagai Maukuf Alaihi kepada saham dan lain-lain bentuk sekuriti syarikat perniagaan tersebut.

Pada asalnya WANCorp beroperasi secara khusus dengan nama Pengurusan Klinik Waqaf An-Nur Berhad bermula 25 Oktober 2000. Ketika itu ia ditubuhkan hanya untuk menguruskan klinik waqaf dan pusat dialisis di bawah Johor Corporation dengan pelaksanaan operasi oleh KPJ Healthcare Berhad.

Seterusnya, nama syarikat ditukarkan kepada Kumpulan Waqaf An-Nur Berhad pada 19 Julai 2005 dan Waqaf An-Nur Corporation Berhad pada 18 Mei 2009. Pertukaran nama mempunyai signifikasi yang jelas terhadap peranan lebih luas berkaitan skop yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat ini.

Merujuk kepada Memorandum Syarikat, objektif dan kuasa WANCorp adalah:

01

Menjadi entiti yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Johor sebagai penerima, pengurus dan pentadbir waqaf; juga untuk bertindak sebagai ‘Maukuf Alaihi’ saham-saham dan lain-lain bentuk sekuriti syarikat perniagaan; daripada waqif-waqif termasuk Johor Corporation khasnya, umat Islam amnya dan syarikat atau badan dan organisasi lainnya; serta menjadi syarikat pemegang.

02

Memperjuangkan serta memartabatkan ekonomi umat Islam secara amnya, terutama dalam menghimpun dan menambah nilai aset serta pelaburan WANCorp secara tidak langsung, melalui WANCorp di dalam Johor Corporation dan Kumpulan Johor Corporationp, serta menerusi penubuhan dan pengembangan aktiviti bisnes syarikat Johor Corporation amnya.

03

Bertindak melaksanakan dan menyempurnakan manfaatmanfaat WANCorp, menerusi pelaburan, sumbangan, infaq dan pembahagian bagi tujuan dan faedah sebagaimana yang ditentukan seperti berikut:

  • Untuk menampung aktiviti-aktiviti kebajikan yang berkaitan masjid-masjid dan menyumbang kepada kemakmuran masjid-masjid tersebut.
  • Menyumbang kepada perjuangan fisabilillah dan memenuhi tuntutan fardhu kifayah.
  • Menyumbang kepada kejayaan ke arah melaksanakan tuntutan amar makruf dan nahi munkar

04

Menjalankan secara sukarela sebagai agen-agen hospital dan pusat-pusat rawatan dan memberikan khidmat-khidmat yang berkaitan dalam Malaysia atau tempat-tempat lain dan untuk menyediakan khidmat pentadbiran, pengurusan, khidmat nasihat kewangan dan khidmat-khidmat berkaitan pertubuhan-pertubuhan berkenaan berdasarkan prinsip-prinsip syara'.



05

Menjayakan tanggungjawab sosial korporat berteraskan ajaran Islam (CSR Islam) Kumpulan Johor Corporation, khasnya menerusi programprogram yang bertujuan untuk mengimarahkan dan meningkatkan peranan sosial Masjid An-Nur Kotaraya, dan rangkaian Masjid, Klinik Waqaf An-Nur, Hospital Waqaf An-Nur, Rumah Anak-anak Yatim & Miskin Darul Hanan serta program CSR lainnya yang dikendalikan oleh Kumpulan Johor Corporation dan anak

06

Menjayakan program pembangunan insan dan modal insan Kumpulan Johor Corporation termasuk untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kepakaran profesionalisme, kemahiran pengurusan dan pengalaman bisnes anggota pekerja Kumpulan Johor Corporation dan keluarga serta umat Islam




07

Menjayakan program-program khas ditujukan untuk membina daya keusahawanan serta program-program membudayakan