Carian


Program Mutawwif

PROGRAM MUTAWWIF



WANCorp merupakan perintis bagi program pensijilan Mutawwif sejak tahun 2006. Program ini dilaksanakan melalui Akademi Mutawwif Sdn Bhd (AMSB). Keperluan terhadap perkhidmatan Mutawwif ini dilihat semakin meningkat dan mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengelola pakej umrah dan haji terutama apabila tibanya musim cuti sekolah. Berdasarkan statistik, purata pendaftaran haji setiap tahun adalah seramai 100,000 orang Jemaah di Malaysia. Jumlah ini menjadikan Mutawwif sebagai satu bidang yang diperlukan.

 

MANFAAT

Calon yang telah melepasi latihan praktikal dan temuduga layak berkhidmat sebagai Mutawwif dengan agensi umrah yang memerlukan, mengikut syarat yang ditentukan oleh pihak syarikat.

 

PENCAPAIAN 2019

  1. Sehingga 2019, seramai 730 Mutawwif telah ditauliahkan di mana 533 daripadanya adalah lelaki dan 197 wanita.
  2. Sejak penubuhan, sebanyak 80 siri Kursus Mutawwif telah dilaksanakan melibatkan lebih 1800 orang peserta
  3. Pada 2019 sahaja, terdapat 6 siri kursus telah dilaksanakan melibatkan seramai 146 peserta,yang mana 98 orang adalah lelaki dan 48 orang wanita.
  4. Pada 2019, AMSB telah melaksanakan kursus di zon utara (Kedah) dan zon tengah (Melaka) dengan kerjasama agensi pelancongan luar bagi memudahkan peserta di luar Johor untuk turut serta dalam kursus yang dikendalikan.
  5. Antara agensi pelancongan umrah yang telah bekerjasama dalam menganjurkan program ini adalah syarikat TM Tours & Travel, Tiram Travel Sdn Bhd, Az Zahabi Travel dan lain-lain travel agensi.