Carian


Program Hibah Lil Waqaf

WANCorp terus aktif mengajak orang ramai bersama merasai keberkatan berwakaf melalui program Hibah Wakaf bagi tujuan berwakaf (Hibah Lil-Waqaf). Program yang menjalin kerjasama di antara syarikat takaful, syarikat pengurusan harta, syarikat pemegang amanah dan syarikat pengurusan amanah saham membuka peluang yang lebih besar dan mudah bagi orang ramai untuk berwakaf dengan WANCorp.

 

 

Program yang bermula pada Oktober 2019 ini semakin mendapat sambutan orang ramai. Program ini membolehkan pemegang takaful untuk menghibah dan seterusnya mewakafkan sehingga 30% dari jumlah perlindungan yang bakal diterima sekiranya berlaku kematian. Orang ramai juga digalakkan berwakaf melalui harta yang mereka ada menerusi hibah atau wasiat harta yang boleh diuruskan oleh syarikat pengurusan wasiat dan syarikat pemegang amanah.

 

Hasil dari pewakafan orang ramai ini akan diterjemahkan kepada pembelian saham-saham patuh syariah dan hartanah wakaf bagi mengukuhkan lagi nilai Ain WANCorp dan seterusnya meningkatkan dividen atau sewa untuk diagihkan bagi manfaat orang ramai.

komtar