Carian


Pusat Waqaf Komuniti

PUSAT WAQAF KOMUNITI



Pusat Waqaf Komuniti (PWK) merupakan program pembangunan sosio-ekonomi yang menyediakan latihan kemahiran kepada golongan sasar agar dapat menjana pendapatan dan meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Program ini telah bermula sejak Januari 2014 dengan penubuhan PWK Jahitan di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang. PWK Jahitan kini juga beroperasi di Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram. Bekas pelatih juga diberi peluang memulakan perniagaan melalui Program Inkubator di premis-premis PWK Jahitan. Seramai 12 orang telah menjalani latihan jahitan pada tahun 2019.

Bermula tahun 2018, WANCorp telah memperkenalkan program latihan gunting rambut melalui PWK. Pada tahun 2019, seramai 27 orang pelatih telah tamat latihan gunting rambut selama 3 bulan dengan caj yuran penyertaan yang minima.

MANFAAT

Memperkasakan tahap kebolehupayaan golongan sasar bagi menjana pendapatan dengan memanfaatkan kemahiran teknikal yang diberikan.

PENCAPAIAN 2019

  • Pusat Waqaf Komuniti Gunting Rambut telah dirasmikan oleh YB Sheikh 'Umar Bagharib Bin Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Sains Dan Teknologi Johor pada 14 Julai 2019.
  • 27 orang pelatih telah tamat latihan gunting rambut.
  • 12 orang pelatih telah tamat latihan jahitan.
  • 39 orang bekas pelatih telah menjadi usahawan.
  • Sumbangan dana WANCorp sejak penubuhan sehingga 31 Disember 2019 berjumlah RM672,938.
  • 1203 orang telah menerima manfaat daripada program Gunting Rambut amal yang dijalankan PWK.
  • 44 siri gunting rambut amal melibatkan sekolah rendah, menengah, Madrasah dan Rumah anak-anak yatim serta NGO.