Carian


PMB An-Nur Waqf Income Fund

PMB An-Nur Waqf Income Fund


PMB An-Nur Waqf Income Fund merupakan satu inisiatif inovasi pewakafan yang dijangka mampu menarik lebih ramai masyarakat untuk berwakaf. Melalui setiap pelaburan dana ini, orang ramai secara tidak langsung berwakaf dengan Waqaf An-Nur apabila dividen hasil pelaburan yang diterima bukan sahaja memberi pulangan kepada pelanggan malah dividen tersebut turut diwakafkan kepada Waqaf An-Nur.



Waqaf An-Nur yang menguruskan pewakafan tersebut akan menggunakan dividen yang diwakafkan ini bagi tujuan pembelian saham-saham patuh syariah untuk menyuburkan lagi pewakafan. Hasil daripada pembelian saham-saham tersebut akan disalurkan bagi manfaat masyarakat secara berterusan.



Waqaf An-Nur menguruskan pelbagai aktiviti hasil daripada manfaat wakaf yang diterima, antara aktiviti yang dijalankan adalah menerusi agihan sumbangan bagi pembangunan dan penyeleggaraan masjid, pusat pendidikan, rumah kebajikan dan program kemanusiaan diseluruh Malaysia menerusi dana kebajikan Am, perkhidmatan kesihatan dan dialisis melalui Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur di seluruh Malaysia, pengurusan 6 buah Rangkaian Masjid An-Nur, pembiayaan mikrokredit menerusi Dana Niaga serta penyediaan latihan kemahiran menerusi Pusat Waqaf Komuniti.




Untuk maklumat lanjut boleh layari : PMB Investment