Carian


Jalinan Uhkuwah

JALINAN UKHUWAH



Program Jalinan Ukhuwah adalah program menyantuni masyarakat di seluruh daerah di negeri Johor. Program Jalinan Ukhuwah ini bertujuan menjalin hubungan baik antara WANCorp, JCorp dan Syarikat dalam kumpulan bersama pemimpin dan masyarakat serta menyumbang tenaga demi menjamin kesejahteraan masyarakat setempat.

Program yang mensasarkan masyarakat di kawasan luar bandar di Johor ini adalah wadah bagi WANCorp untuk dekat dan prihatin dengan kehidupan masyarakat luar bandar.

Setiap aktiviti dilaksanakan dibantu oleh anggota Briged Waqaf dan kerjasama daripada pelbagai pihak, antaranya Majlis Daerah & Pejabat Daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Bermula Disember 2020, Program Jalinan Ukhuwah-Sahabat Jalanan telah diperkenalkan. Program ini dijalankan bagi menyantuni golongan gelandangan di sekitar Johor Bahru. 

MANFAAT PROGRAM JALINAN UKHUWAH

  • Platform bertemu komuniti terutamanya di kampung-kampung di seluruh pelusuk Negeri Johor.
  • Waqaf An-Nur bersama-sama pemimpin masyarakat seperti Wakil Rakyat, Penghulu dan Ketua Kampung menyumbang bakti kepada komuniti di sesebuah lokasi yang ditetapkan.
  • Medan bagi Waqaf An-Nur dan JCorp menyampaikan sumbangan kepada golongan sasaran dan pusat pembangunan masyarakat seperti surau/ masjid
  • Menyampaikan maklumat mengenai Waqaf An-Nur dan JCorp serta Syarikat dalam kumpulan kepada masyarakat