DANA NIAGA - Pembiayaan untuk Usahawan Mikro
Dana Niaga diperkenalkan oleh WANCorp pada 5 Mei 2007. Tujuan pembiayaan Dana Niaga adalah untuk membantu usahawan mikro bagi mengembangkan perniagaan melalui pembiayaan yang berlandaskan syariah.
Pembiayaan yang ditawarkan adalah berbentuk pinjaman kecil-kecilan (microcredit) melalui kontrak syariah Qardhul Hassan. Pembiayaan tanpa faedah ditawarkan melalui tiga peringkat bantuan iaitu:
-
Semai Bisnes : RM3,000
-
Tunas Bisnes : RM5,000
-
Mekar Bisnes : RM7,000
Manakala bagi pembiayaan Murabahah Tawarruq yang mula diperkenalkan pada tahun 2018 menyediakan pembiayaan yang lebih besar. Pembiayaan yang ditawarkan antara RM10,000 hingga RM20,000 dengan kadar keuntungan antara 4% hingga 6%.
JUMLAH PEMBIAYAAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2019
464 pembiayaan berjumlah
RM1,143,376 diagihkan kepada usahawan-usahawan mikro di seluruh daerah di Johor.
MANFAAT
-
Membantu golongan memerlukan seperti ibu tunggal untuk berdikari dan menyara kehidupan melalui perniagaan;
-
Mengembangkan perniagaan melalui pemasaran, pembangunan produk dan modal pusingan; dan
-
Sebagai suatu perjuangan meningkatkan ekonomi umat Islam dan usaha meningkatkan syiar Islam melalui aktiviti perniagaan.