INFO BRIGED WAQAF
Briged Waqaf merupakan barisan hadapan bagi Waqaf An-Nur dan Kumpulan JCorp yang memainkan peranan penting dalam melaksanakan aktiviti tanggungjawab korporat dengan menghulurkan bantuan apabila berlaku sesuatu bencana yang menimpa masyarakat setempat. Langkah ini bertujuan untuk meringankan beban mereka yang kurang berkeupayaan dan ditimpa musibah. Bantuan kemasyarakatan ini turut diberikan semasa dalam keadaan aman. Sumbangan tanggungjawab korporat ini dapat direalisasikan melalui pelbagai aktiviti gotong royong bersama masyarakat yang dijalankan sepanjang tahun. Sesungguhnya, usaha dan bantuan kemanusiaan yang diberikan adalah bergantung kepada kepakaran dan kemampuan yang dimiliki oleh kompeni-kompeni di dalam Briged Waqaf amnya. Sehubungan dengan itu, beberapa program atau aktiviti telah disusun bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran anggota Briged Waqaf bagi memastikan mereka sentiasa bersiap siaga apabila bantuan kemanusiaan dihulurkan. Pada tahun 2019 menyaksikan penubuhan satu lagi Kompeni Briged Waqaf iaitu Kompeni Ibnu Sina yang berperanan di dalam aktiviti perubatan dan pertolongan cemas. Ahli-ahli di dalam kompeni ini terdiri daripada anggota pekerja KPJ di Lembah Klang.
BRIGED WAQAF TERDIRI DARIPADA 6 PASUKAN ATAU KOMPENI
Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di makluman yang tertera dibawah