Pelaburan dalam bidang hartanah adalah  salah satu usaha WANCorp dalam mengembangkan aset wakaf. Selain daripada mengembangakan aset wakaf, pelaburan hartanah ini juga bertujuan untuk membantu peniaga bumiputra dalam mendapatkan tempat berniaga di kawasan strategik pada kadar sewa yang berpatutan.


Selainitu juga, Program Pusat Waqaf Komuniti (pusat jahitan dan gunting rambut) dapat dijalankan menerusi manfaat daripada pembelian aset ini.


Sehingga Disember 2018, WANCorp memiliki 52 aset berbentuk hartanah yang terdiri daripada kedai pejabat, rumah,tanah dan bangunan pejabat. Pada tahun 2018, menyaksikan pertambahan 4 aset hartanah yang seterusnya meningkatkan nilai aset WANCorp yang kini berjumlah RM208 juta.


Sasaran : Meningkatkan nilai aset WANCorp dan memberikan peluang kepada peniaga bumiputra mendapatkan ruang niaga di lokasi strategik.  


TransaksiHartanah 2018 :

1.   Pembelian 2 unit kedai pejabat di Damansara Aliff, Johor Bahru yang bernilai RM3.8 juta

2.   Pemilikan 2 bidang tanah hasil dari tukar ganti melalui jualan saham Tiram Travel Sdn Bhd yang bernilai RM2 juta.

 

Manfaat :

  • ·        Pelaburan jangka masa panjang

  • ·        Dapat membantu peniaga muslim  untuk mendapat penyewaan premis pada kadaryang berpatutan.

  • ·        Menambah bilangan pusat waqaf komuniti dengan menyediakan premis untuk menjalankan aktiviti.

  • ·        Menjana pendapatan daripada kutipan sewaan kedai yang boleh digunakan untuk penyelenggaraan hartanah yang ada.

  • ·        Mengembangkan harta wakaf untuk masyarakat setempat.

 

Pencapaian :

  • ·   Sehingga Disember 2018, nilai aset hartanah bertambah kepada RM208 juta, berbanding RM202 juta pada tahun sebelumnya.

  • ·     Sehingga Disember 2018, WANCorp memiliki sebanyak 52 unit aset hartanah yang berbentuk bangunan komersial, kedai pejabat, rumah dan tanah.