Dana Kebajikan Am Waqaf An-Nur Corporation Berhad merupakan dana yang dimanfaatkan untuk diagihkan kepada yang memerlukan. Ini merupakan satu daripada tanggungjawab korporat Johor Corporation melalui Waqaf An-Nur untuk mengagihkan bahagian dividen sebagai manfaat kebajikan daripada saham yang diwaqafkan.
Sehingga 31 Disember 2016, Waqaf An-Nur Corporaton Berhad telah mengagihkan sejumlah RM2,507,675.00 kepada golongan yang memerlukan. Pengagihan Dana Kebajikan Am ini telah membantu banyak masjid dan surau, sekolah, pertubuhan kebajikan, pejabat kerajaan dan ramai golongan yang tidak berkemampuan di negeri ini.
Terdapat 3 kategori pengagihan dana kebajikan am iaitu:
1. Kebajikan dan Amal
2. Pembangunan Insan dan Modal Insan, Pendidikan & Keusahawanan
3. Projek Khas.
Berikut adalah CARTA GAUGE yang menunjukkan agihan dana kebajikan Am mengikut kategori:

Kategori ini merangkumi aspek kesihatan, penyelenggaraan dan pengimarahan Rangkaian Masjid An-Nur, sumbangan kepada masyarakat umum, anak yatim dan lain-lain tanggungjawab korporat JCorp.
Berikut pula adalah carta pecahan agihan bagi kategori pertama, iaitu Kebajikan dan Amal.
Carta di atas menunjukkan jumlah agihan bagi bahagian Kesihatan iaitu sebanyak 27% dengan jumlah RM250,000.00 daripada jumlah keseluruhan. Ia adalah peruntukan khas untuk Dana HWAN & KWAN dan Tabung Tijarah Ramadan.
Bagi Penyelenggaraan dan Pengimarahan Rangkaian Masjid An-Nur pula, Waqaf An-Nur telah membelanjakan sebanyak 23%, iaitu dengan jumlah sebanyak RM 216,760 daripada jumlah keseluruhan. Pengagihan ini melibatkan 6 Rangkaian Masjid An-Nur Johor Corporation:
1. Masjid Sultan Iskandar, BandarDato’ Onn
2. Masjid An-Nur Kotaraya
3. Masjid An-Nur Larkin Sentral
4. Masjid An-Nur Bandar PasirGudang
5. Masjid An-Nur Taman Cendana
6. Masjid An-Nur Pasir Gudang
Manakala bahagian Masyarakat Umum, Anak Yatim dan Lain-Lain CSR JCorp sebanyak 50 % atau sejumlah RM473,680.00 daripada jumlah keseluruhan. Bahagian ini terbahagi kepada pecahan sebagaimana carta di bawah.

Berdasarkan carta di atas, daripada jumlah RM473,680.00, dijelaskan bahawa jumlah pengagihan untuk masjid dan surau adalah sebanyak 39 %, iaitu berjumlah RM 186,300.00. Ia melibatkan sebanyak 9 buah masjid dan 16 buah surau sebagaimana senarai berikut:
1 |
Masjid Al-Makmur |
2 |
Masjid AnNur, Larkin Perdana |
3 |
Masjid As Shafiee, Gaza, Palestin |
4 |
Masjid Jamek Nur Islam, Sungai Bagan, Rengit, Batu Pahat |
5 |
Masjid Jamek Ungku Mohamad, Skudai Kiri, Johor Bahru |
6 |
Masjid Kampung Tenom, Sabah |
7 |
Masjid Nurus Said Santan, Kangar, Perlis |
8 |
Masjid Taman Pulai Indah |
9 |
Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya |
10 |
Surau Al Masyhur, Lurah Kempas, Johor Bahru |
11 |
Surau Al-Mughni, Telok Mas, Melaka |
12 |
Surau An-Nur, Taman Megah Ria, Johor Bahru |
13 |
Surau As-Siddiq, Semerah, Batu Pahat |
14 |
Surau As-Syakirin, Kampung Gajah, Perak |
15 |
Surau Hj Mohamad, Kampung Parit Lanjut, Sungai Terap, Muar |
16 |
Surau Hj Rahmat, Kampung Pasir, Johor Bahru |
17 |
Surau Hj Zubir, Rengit, Batu Pahat |
18 |
Surau Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar |
19 |
Surau Kem Sultan Ibrahim, JMF |
20 |
Surau Nusa Perintis |
21 |
Surau pejabat PBT Pengerang, Kota Tinggi |
22 |
Surau Perumahan Teratai Dahlia |
23 |
Surau Sek. Men. Tan Sri Abdul Kadir, Felda Tenggaroh 5 |
24 |
Surau Sekolah Agama Bandar Benut, Pontian |
25 |
Suru As-Samsu, Parit Jawa, Muar |
Sebanyak 31 %jumlah pengagihan adalah kepada 52 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berjumlah RM 50,700.00.
Sebanyak 4 %jumlah pengagihan adalah kepada anak-anakyatim dan miskin berjumlah RM 19,980.00 melalui program berikut:
1 |
Memasang awning dan ampaian di Madrasah Tahfiz Al-Quraan Al Faizin, Bukit Kempas |
2 |
Rawatan perubatan mata adik Nur Alisha |
3 |
Rawatan perubatan penyakit ketumbuhan Nancy |
4 |
Majlis anjuran JKKK Kuala Masai untuk anak-anak yatim & miskin |
5 |
Dana kebajikan untuk kawasan Parlimen Pasir Gudang |
6 |
Jamuan untuk meraikan anak-anak yatim & miskin |
7 |
Meraikan anak-anak yatim & miskin Rumah Berkat Al Kausar, Bangi |
8 |
Dana untuk Rumah Kebajikan Asnaf Sahabat Muqarrabin, Muadzam Shah |
Sebanyak8 % jumlah pengagihan adalah kepada Program Keagamaan & Kemasyarakatan berjumlah RM 84,500.00 melalui 19 buah program berikut:
1 |
Membina pagar di kawasan perkuburan |
2 |
Program Pentas Nasihat Karnival JCorp |
3 |
Pameran Tabarruk Warisan Salafussoleh |
4 |
Sumbangan dana kebajikan DUN Mahkota |
5 |
Membeli van jenazah |
6 |
Projek penyayang Mahabbah Ukhuwah Fillah anjuran Johor Leadership Programme |
7 |
Projek Duta Jauhar 3.0 - pertanian fertigasi di Tanjung Surat, Kota Tinggi |
8 |
Program korban sempena Aidil Adha di Kemboja |
9 |
Karnival anjuran Majlis Agama Islam Johor di Kota Tinggi, Tangkak dan Pasir Gudang |
10 |
Sumbangan makanan untuk mangsa-mangsa kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru |
11 |
Program Muafakat Maal Hijrah 1438H daerah Mersing |
12 |
Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1438H peringkat daerah Mersing |
13 |
Program Kem Ibadah 2016 anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang untuk pelajar miskin dan kurang berkemampuan |
14 |
Menaja makanan untuk kuliah Zohor Perdana di KOMTAR, Johor Bahru |
15 |
Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1438H peringkat Pasir Gudang |
16 |
Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1438H peringkat daerah Johor Bahru |
17 |
Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1438H peringkat negeri Johor |
18 |
Program keceriaan Kampung Parit Sulaiman, Teluk Kerang, Pontian |
19 |
Pembinaan pondok waqaf di tanah perkuburan Kampung Mawai Baru, Kota Tinggi |

Sebanyak 18 %jumlah pengagihan adalah kepada Program Jalinan Ukhuwah yang berjumlah RM38,500.00 bagi program sepanjang tahun 2016.
Kategori Kedua:Pembangunan Insan & Modal Insan, Pendidikan dan Keusahawanan
Kategori inimerangkumi 2 aspek utama iaitu Pendidikan dan Keusahawanan. Aspek Pendidikan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Program Bistari (Didik, Siswa, Tunas, Catur& Cilik) dan Bantuan Pelajaran Sekolah/IPT.
Berikut pula adalah carta pecahan agihan bagi kategori kedua, iaitu Pembangunan Insan & Modal Insan, Pendidikan dan Keusahawanan.

Pengagihan untuk kategori Pembangunan Insan & Modal Insan, Pendidikan dan Keusahawanan adalah berjumlah RM 746,768.00. Berdasarkan carta di atas, dijelaskan bahawa jumlah pengagihan untuk Program Bistari adalah sebanyak 75 %, iaitu berjumlah RM552,536.00 manakala Bantuan Persekolahan dan Pelajaran adalah sebanyak 25 % iaitu berjumlah RM 182,362.00.
Kategori Ketiga: Projek Khas
Kategori ini merangkumi Bantuan Bencana Alam, Dana Mutawwif Dan Qardh Al Hassan, Penajaan Utusan Melayu Minggu Jawi, sumbangan kepada OBA dalam Johor Corporation dan lain-lain sumbangan.
Berikut pula adalah carta pecahan agihan bagi kategori ketiga, iaitu Projek Khas

Pengagihan untuk kategori Projek Khas adalah berjumlah RM 820,467.00. Berdasarkan carta diatas, dijelaskan bahawa tulisan jawi melaui utusan sebayak 24% iaitu berjumlah RM 343,514. Sumbangan kepada koperasi Muafakat Johor adalah sebanyak RM200,000. Sterusnya sebanyak 19% atau RM 157,500 adalah Karnival UM JCorp. Baki sumbangan sebanyak 15% telah disalurkan kepada Bantuan Bencana Alam, Dana Mutawwif dan Qardh Al-Hassan, Sumbangan kepada OBA dalam JCorp dan sumbangan Raja Zarith Wildlife Defender Challenge.