Menyediakan rawatan pesakit luar dengan caj minima RM5.00 sahaja.

Info :

Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) ditubuhkan oleh Johor Corporation melalui Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp). Operasi klinik ini disokong sepenuhnya oleh hospital-hospital pakar KPJ Healthcare Berhad. Ia juga dibina dengan kerjasama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri.

Peranannya dalam memberi rawatan dengan caj minimum RM5 telah menarik perhatian serta kepercayaan pelbagai pihak termasuk institusi masjid-masjid untuk berkerjasama melancarkan operasi klinik berkonsepkan waqaf ini.

KWAN mula ditubuhkan pada 1998 di Plaza Kotaraya, Johor Bahru. Bermula dari situ maka peranan klinik ini semakin berkembang.

Sehingga kini terdapat 22 buah KWAN termasuk sebuah Hospital Waqaf diseluruh Malaysia  Iaitu :

•             7 buah klinik termasuk sebuah hospital di Johor.

•             8 buah di Selangor.

•             2 buah di Negeri Sembilan dan Sarawak setiap satu.

•             1 buah di Perak, Pulau Pinang dan Kelantan setiap satu.

•             3 buah Klinik Bergerak:

i.             Klinik Bergerak Lembaga Zaka tSelangor – Waqaf An-Nur

ii.            Klinik Bergerak Waqaf Selangor Muamalat – KPJ Damansara

iii.           Klinik Bergerak Yayasan Berdaftar –KPJ Tawakkal.

 

Manfaat

  1. Perkhidmatan perubatan di KWAN boleh dinikmati oleh semua lapisan  masyarakat pelbagai bangsa dan agama.

  2. Sejak penubuhannya sehingga Disember 2016. masyaralat umum menerima anfaat darpada sebanyak 1,398,524 kes rawatan yang telah dikendalikan di semua cawangan KWAN.

  3. Sebanyak 111,881 daripada rawatan keseluruhan adalah rawatan kepada pesakit bukan Islam.

  4. Dengan kadar bayaran serendah RM5, pesakit akan menerima rawatan daripada doktor pakar KPJ beserta ubat-ubatan.

  5. Seramai 307 pesakit buah pinggang telah menerima manfaat dengan menjalani rawatan di pusat dialisis yang disediakan.

Pencapaian

·        Pembukaan penempatan semula KWAN Rembau pada 3 Jun 2016.

·         Pembukaan penempatan semula KWAN Muar di Masjid Jamek Sg. Abong Muar pada 1 Ogos  2016.

 

Pertambahan Klinik di Beberapa Lokasi

·        Beberapa KWAN akan dibina dibeberapa lokasi lagi termasuklah di Bandar Tenggara, Mersing dan Segamat di Johor serta di Sabah.

·        Pertambahan ini dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih ramai lagi golongan memerlukan.


Perkhidmatan Dialisis di KWAN

§  KWAN turut menyediakan perkhidmatan dialisis di 7 buah cawangannya dengan kadar caj sebanyak RM90.00 untuk satu rawatan, iaitu lebih murah berbanding pusat dialisis swasta lain.

§  Cawangan KWAN yang menyediakan perkhidmatan dialisis adalah seperti berikut:

1.      Hospital Waqaf An-Nur, Pasir Gudang, Johor

2.      Klinik Waqaf An-Nur, Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram, Johor

3.      Klinik Waqaf An-Nur Galleria @ Kotaraya,Johor

4.      Klinik Waqaf An-Nur Batu Pahat, Johor

5.      Klinik Waqaf An-Nur Senawang, Seremban,Negeri Sembilan

6.      Klinik Waqaf An-Nur Ijok, Selangor

7.      Klinik Waqaf An-Nur Satok, Sarawak

 

Dana Klinik Waqaf An-Nur

  • WANCorp mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak mengisi Dana Klinik Waqaf An-Nur supaya ia dapat membantu menampung kos operasi rangkaian KWAN, bagi memberi manfaat berterusan kepada orang ramai.

  • Sumbangan bolehlah disalurkan melalui maklumat berikut:

o  Dana Klinik Waqaf An-Nur

o  Akaun Maybank Islamic 5510-1630-1344

o  Hubungi 07-2192692 bagi mendapatkan keterangan lanjut dan resit pelepasan cukai

 

Respons Penerima Rawatan

“Dengan tahap kemampuan yang saya ada, pusat dialisis seperti ini benar-benar membantu dan memudahkan urusan kerana jaraknya dekat dengan tempat tinggal. Bahkan, saya hanya perlu bayar RM90 sahaja untuksekali rawatan.”

“Ubat-ubatan yang saya terima di klinik ini berkualiti. Perkhidmatannya juga bagus dengan bayaran berpatutan, bahkan lebih rendah daripada klinik swasta lain. Klinik sebegini sememangnya boleh membantu golongan berpendapatan rendah.”

“Klinik Waqaf merupakan satu alternatif yang baik kepada masyarakat. Doktor dan ubatnya juga bagus. Perkhidmatannya juga cepat dan baik.Usaha JCorp ini memang boleh dipuji kerana sumbangannya besar untuk kesihatan.”