Info :

Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) ditubuhkan oleh Johor Corporation melalui Waqaf An-Nur Corporation Berhad(WANCorp). Operasi klinik ini disokong sepenuhnya oleh hospital-hospital pakar KPJ Healthcare Berhad. Ia juga dibina dengan kerjasama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri.

Peranannya dalam memberi rawatan dengan caj minima RM5 telah menarik perhatian serta kepercayaan pelbagai pihak termasuk institusi masjid-masjid untuk berkerjasama melancarkan operasi klinik berkonsepkan wakaf ini.

KWAN mula ditubuhkan pada 1998 diPlaza Kotaraya, Johor Bahru. Bermula dari situ maka peranan klinik ini semakin berkembang.

Bermula 1 April 2017,Pengurusan Hospital Waqaf An-Nur dan Klinik Waqaf An-Nur telah diserahkan kepada pihak KPJ Healthcare Berhad dan pengurusan operasi hospital dan klinik-klinik di selaraskan bawah Jawatankuasa Penyelarasan yang dipengerusikan oleh Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad.

Bermula Januari 2019, Hospital Waqaf An-Nur di Pasir Gudang telah ditukar taraf kepada Klinik Waqaf dan masih memberi fokus perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan dialisis.

Sehingga 2018 terdapat 24 buah KWAN diseluruh Malaysia termasuk Klinik Bergerak iaitu :

•        7 buah klinik termasuk sebuah hospital di Johor.

•        5 buah di Selangor.

•        2 buah Negeri Sembilan

·            2 buah di negeri Sarawak.

•        1 buah klinik di Perak, Pulau Pinang dan Kelantan.

•        5 buah Klinik Bergerak:

i.        Klinik Bergerak Lembaga Zakat Selangor – Waqaf An-Nur

ii.       Klinik Bergerak Waqaf Selangor Muamalat – KPJ Damansara

iii.      Klinik Bergerak Yayasan Berdaftar – KPJ Tawakkal.

iv.      Klinik Bergerak Waqaf Selangor Muamalat - KPJ Perdana

v.         Klinik Bergerak – Klinik Waqaf An-Nur Pasir Gudang

 

Manfaat

1            Perkhidmatan perubatan di KWAN boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat pelbagai bangsa dan agama.

2.               Sehingga 31 Disember 2018 sebanyak 1,728,587rawatan telah diberikan kepada pesakit di rangkaian KWAN dan daripada jumlah tersebut 150,282 atau 8 % adalah jumlah rawatan yang diberikan kepada pesakit bukan Islam.

3.        Dengan kadar bayaran serendah RM5, pesakit akan menerima rawatan daripada doktor pakar KPJ beserta ubat-ubatan.

4.          Seramai 350 pesakit buah pinggang telah menerima manfaat dengan menjalani rawatan di pusat dialisis yang disediakan.


Perkhidmatan Dialisis diKWAN

§ KWAN turut menyediakan perkhidmatan dialisis di 8 buah cawangannya dengan kadar caj sebanyak RM90.00 untuk satu rawatan, iaitu lebih murah berbanding pusat dialisis swasta lain. Jumlah pesakit buah pinggang yang sedang menerima rawatan dialisis di rangkaian KWAN sehingga Disember 2018 adalah seramai 174 orang. Manakala jumlah keseluruhan pesakit yang telah dan sedang menerima rawatan adalah seramai lebih 350 orang dengan jumlah  mesin dialisis sebanyak 68 buah.


§ Cawangan KWAN yang menyediakan perkhidmatan dialisis adalah seperti berikut:

1.   Klinik Waqaf An-Nur, Pasir Gudang, Johor

2.   Klinik Waqaf  An-Nur, Taman BukitTiram, Ulu Tiram, Johor

3.   Klinik Waqaf An-Nur Galleria @ Kotaraya, Johor

4.   Klinik Waqaf An-Nur Batu Pahat, Johor

5.   Klinik Waqaf An-Nur Senawang, Seremban, Negeri Sembilan

6.   Klinik Waqaf An-Nur Ijok, Selangor

7.   Klinik Waqaf An-Nur Perdana, Kota Bharu, Kelantan

8.   Klinik Waqaf An-Nur Sg. Buloh, Selangor


Dana Klinik Waqaf An-Nur

§ WANCorp mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak mengisi Dana Klinik Waqaf An-Nur supaya ia dapat membantu menampung kos operasi rangkaian KWAN, bagi memberi manfaat berterusan kepada orang ramai.

§ Sumbangan boleh disalurkan melalui maklumat berikut:

o   Dana Klinik Waqaf An-Nur

o   Akaun Maybank Islamic 5510-1630-1344

o   Hubungi 07-2192692 bagi mendapatkan keterangan lanjut dan resit pelepasan cukai