
BRIGED WAQAF
Sukarelawan JCorp terus berbakti
Info Briged Waqaf
Briged Waqaf merupakan pasukan sukarelawan yang terdiri daripada anggota pekerja Johor Corporation dan Syarikat Dalam Kumpulan. Briged Waqaf bergiat aktif dalam memberikan bantuan kemanusiaan dan program khidmat masyarakat.
Ia ditubuhkan selepas Johor Corporation berjaya menghulurkan bantuan semasa berlakunya bencana banjir besa ryang melanda negeri Johor pada penghujung 2006 dan awal 2007. Ia ditubuhkan pada 28 Jun 2007 dan diiktiraf oleh Majlis Keselamatan Negara pada 19 Oktober 2009.
Kompeni dan Peranan
BrigedWaqaf terdiri daripada 6 pasukan atau kompeni, iaitu:
1. Pencari, Penyelamat &Sukarelawan
Kompeni Ali Abi Talib.
Diterajui oleh Johor Land Berhad & Damansara Assets Sdn Bhd.
2. Perubatan & Pertolongan Cemas
Kompeni Salahudin Al-Ayubi. Diterajui oleh KPJ Healthcare Berhad.
Dibantu Persatuan Bulan Sabit Merah Unit JCorp serta Hospital &Klinik Waqaf An-Nur.
3. Kenderaan, Logistik &Prasarana
Kompeni Umar Al-Khattab
Diterajui oleh Kulim (Malaysia) Berhad.
4. Bekalan Makanan & Minuman
Kompeni Tariq Ziad.
Diterajui oleh QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd.
Dibantu KFC Malaysia & Ayamas.
5. Pembersihan & Pemulihan
Kompeni Khalid Al-Walid. Diterajui oleh Johor Corporation.
Dibantu TPM Technopark Sdn Bhd, Tanjung Langsat Port Sdn Bhd &syarikat-syarikat intraprenuer.
6. Pembersihan & Pemulihan
Kompeni Muhammad Al-Fateh
Diterajui oleh PBT Pengerang
Briged Waqaf terus aktif sepanjang tahun 2018 dengan pelbagai aktiviti dan bantuan yang dihulurkan bagi meringankan beban masyarakat. Usaha murni ini telah mendapat kerjasama pelbagai pihak dan agensi kerjaan.