Galeri / Karnival Usahawan Waqaf An-Nur 2019


Jom Ke Karnival Usahawan Waqaf An-Nur di @mart Kempas, Johor Bahru

#TeamWANCorp menjemput warga Johor untuk turut memeriahkan Karnival Usahawan Waqaf An-Nur pada 13 dan 14 Julai ini di @Mart Kempas.

Pelbagai aktiviti menarik bakal menanti anda, antaranya Program Gunting Rambut Percuma, Pertandingan Memasak Bersama Maggi, Kempas Berselawat, Pertandingan Catur Bistari, Aktiviti Bersama Angry Bird, Pertandingan Mewarna dan pelbagai lagi aktiviti istimewa untuk anda sekeluarga.

Bagi para usahawan, pastikan anda tidak melepaskan peluang bagi mendapatkan maklumat pembiayaan, premis di lokasi strategik, pendaftaran syarikat, pemasaran dan banyak lagi maklumat terkini daripada agensi-agensi yang terlibat.

Anda juga boleh mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma dan jualan pelbagai produk usahawan tempatan. Malah, anda juga mugkin penerima hadiah bagi acara pengunjung bertuah!

Jangan lupa datang beramai-ramai!

-13 Jul 2019-